Thursday 9 August 2012

Hujan Meteor Perseid



Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan Hujan Meteor Perseid.


Masyarakat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan juraian hujan meteor Perseid bermula 23 Julai hingga 22 Ogos ini. Dianggarkan sejumlah 60 juraian meteor akan dapat dilihat pada masa kemuncaknya iaitu bermula dari awal pagi 12 hingga 13 Ogos ini.

Cara cerapan ialah dengan berbaring sambil memandang ke dada langit. Pastikan kawasan cerapan anda adalah segelap mungkin dari gangguan cahaya lampu bandar. Kawasan lapang seperti padang atau gelanggang adalah agak baik. Sabar menunggu, insyaAllah akan ada tahi bintang yang akan melintas di langit secara tiba-tiba yang akan menyebabkan jantung anda berdegup laju. Seterusnya pasti senyuman akan terukir di bibir anda dan perasaan tidak sabar untuk melihat tahi bintang seterusnya. (Astromas)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 / 4301.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...