Friday 28 September 2012

Yayasan Inovasi Malaysia Iktiraf Inovator Akar Umbi Sarawak

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menerusi programnya, Jejak Inovasi Sarawak baru-baru ini telah mengenalpasti dan mengiktiraf 5 inovator akar umbi terpilih di kalangan masyarakat setempat.


Inovasi tersebut adalah disaring daripada 27 inovasi yang dijejak disekitar daerahKuching, Samarahan, Serian,Santubong dan Petrajaya oleh para Penjejak Inovasi yang terdiri daripada pakar-pakar, sukarelawan serta pegawai daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensinya.

Produk yang terpilih ialah Inovasi Tabung Gas Penghawa Dingin Pelbagai Guna oleh En. Bakar B. Bojeng; Hiasan Pelamin Moden oleh En. Zakaria Bin Jamain, Ikan Terubuk Pindang Tebu oleh Ismail B. Bakar, Serbuk Belacan Power oleh Pn. Anita Binti Idris, dan Ketupat Panjang oleh Pn. Zaliha Bte. Bolhassan.

Inovasi Tabung Gas Penghawa Dingin Pelbagai Guna


Oleh kerana tabung gas penyaman udara yang telah digunakan terlalu banyak terbuang di kawasan rumah Haji Bakar, beliau berfikir bagaimana untuk memanfaatkan bahan terbuang tersebut. Akhirnya Haji Bakar telah menggunakan tabung-tabung tersebut sebagai peti surat dan tabung amal. Peti surat dan tabung amal ini adalah untuk kegunaan surau-surau dan masjid di sekitar kawasan kediamannya. Tabung amal ini dilengkapi kaki yang juga menggunakan bahan terbuang iaitu kaki kipas. Terdapat elemen keselamatan pada tabung amal ini kerana lubang memasukan wang akan tertutup selepas wang dimasukkan ke dalam tabung bagi menggelakan kes kecurian berlaku.

Hiasan Pelamin Moden

Encik Zakaria telah memulakan kerja-kerja mengukir sejak 4 tahun yang lalu. Pada mulanya aktiviti ini hanyalah sekadar mengisi masa lapang sehingga lah seorang sahabat beliau mencadangkan agar aktiviti ini digunakan bagi menjana pendapatan. Justeru itu, Encik Zakaria telah mendapat idea untuk membuat ukiran polisterin sebagai perhiasan pelamin perkahwinan. Antara kelebihan ukiran polisterin ini ialah menjimatkan kos,mudah diukur dan ringan untuk dibawa. Menurut Encik Zakaria, beliau akan membuat ukiran polisterin setelah mendapat tempahan daripada pelanggan. Reka bentuk dan kreativiti ukiran polisterin merancakkan lagi tempahan pelanggan. Bayaran yang dikenakan kepada setiap ukiran polisterin adalah berdasarkan saiz dan keunikan bentuk ukiran.

Ikan Terubuk Pindang Tebu

Ikan Terubuk Pindang merupakan makanan tradisional masyarakat di Sarawak yang diinovasikan. Antara ramuan Ikan Terubuk Pindang ini ialah Ikan Terubuk, Cili kering, Asam Jawa, Serbuk Perasa, dan Bawang Putih. Proses untuk menyediakan makanan tradisional ini memakan masa selama 8 jam. En. Ismail telah membuat penambahbaikkan kepada produk makanan ini iaitu mencampurkan tebu ke dalam ramuan. Menurut En. Ismail,penambahan tebu dalam ramuan dapat melembutkan tulang ikan. Hasilnya, Ikan Terubuk Pindang ini boleh terus dimakan bersama-sama tulangnya berbanding kaedah terdahulu.

Serbuk Belacan Power



Lambakan stok belacan buku yang terdapat dalam simpanan IKS yang diusahakan oleh Pn. Anita telah membuka idea untuk menghasilkan serbuk belacan. Penjualan belacan yang lambat juga adalah salah 1 faktor terhasilnya inovasi ini. Pn. Anita telah mengubah rupa bentuk belacan daripada ketulan kepada serbuk. Transformasi ini menyebabkan identiti belacan berubah sehingga ia kelihatan seolah-olah serbuk perasa. Menurut Pn. Anita, serbuk belacan ini lebih mudah digunakan ketika memasak kerana pengguna tidak perlu membakar belacan terlebih dahulu kerana belacan telah siap di masak. Pengguna juga tidak perlu menumbuk belacan terlebih dahulu sebelum digunakan seterusnya dapat menjimatkan masa penyediaan makanan. Pn Anita juga menyatakan bahawa permintaan belacan telah mendapat permintaan yang tinggi selapas inovasi ini dibuat.

Ketupat Panjang

Pembuatan ketupat panjang telah direka oleh Pn. Zaliha Bte. Bolhassan. Kegunaan ketupat panjang ini adalah seperti ketupat yang biasa namun bentuknya agak unik. Pembuatan ketupat panjang dihasilkan dengan menggunakan daun yang dipotong daripada pokok nipah. Ketupat panjang sesuai dijadikan sebagai penganti lemang. Kos pembuatan agak mudah dan menjimatkan kerana daun ini mudah untuk ditemui berbanding dengan buluh. Perbezaan produk ini dengan ketupat biasa adalah ianya dapat menghasilkan dalam kuantiti yang banyak dan menjimatkan masa untuk merebusnya daripada 3 jam menjadi 1 jam. Ketupat panjang ini terhasil daripada empat lapis daun nipah yang panjang dan kemudiannya dianyam seperti membuat bakul. Idea ketupat panjang ini terhasil daripada menjelajah dari satu kampung ke satu kampung yang lain. Selain itu, kebaikan ketupat panjang ini adalah untuk festival-festival seperti hari raya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web YIM.

Promo - Dengan Inovasi, Yo! (Episod 2)

Program TV Dengan Inovasi, Yo! (DIY) merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Episod 2 DIY akan disiarkan melalui stesen TV3 pada 28 September 2012, hari Jumaat, jam 6.30 petang hingga 7.00 malam.





Diharapkan siaran program ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dalam usaha mempromosi dan membudayakan inovasi di segenap lapisan masyarakat.

Sunday 23 September 2012

Makeweekend Kelantan

Bengkel Makeweekend Kelantan telah diadakan di Universiti Malaysia Kelantan, Jeli
pada 20 hingga 22 September 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Makeweekend.






Friday 21 September 2012

Promo - Dengan Inovasi, Yo!

Program TV Dengan Inovasi, Yo! (DIY) yang merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) akan disiarkan melalui stesen TV3 pada setiap hari Jumaat, jam 6.30 petang hingga 7.00 malam bermula 21 September 2012.





Diharapkan siaran program ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dalam usaha mempromosi dan membudayakan inovasi di segenap lapisan masyarakat.

Minggu Angkasa Sedunia

 

Minggu Angkasa Sedunia (MAS) merupakan sambutan tahunan sedunia dalam bidang sains amnya dan sains angkasa khususnya.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengisytiharkan Minggu Angkasa Sedunia pada tahun 1999 dan akan disambut setiap tahun pada 4 hingga 10 Oktober. Tarikh ini dipilih sempena mempringati kejayaan manusia kejayaan manusia, iaitu:
  • 4 Oktober 1957, pelancaran Sputnik 1, satelit buatan manusia pertama 
  • 10 Oktober 1967, Outer Space Treaty ditandatangani 

Tema Sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2012 “Angkasa untuk Keselamatan dan Kesejahteraan Manusia Sejagat” dipilih untuk menyambut aktiviti manusia di angkasa lepas untuk memperbaiki kehidupan harian kita. Satelit-satelit untuk pencerapan Bumi, navigasi dan telekomunikasi telah digunakan pada setiap hari untuk melindungi manusia dan persekitaran kita. 

Sempena Minggu Angkasa Sedunia, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program pada 6 Oktober 2012 di Planetarium Negara. Sila klik Brosur WSW 2012 untuk mendapatkan aturcara program. 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan dengan program ini, sila hubungi Planetarium Negara: 

Tel: 03 22735484/4301/4303 

Emel: lau@angkasa.gov.my (Cik Lau) / asmidarz@angkasa.gov.my (Cik Asmidar) 

Jejak Inovasi - Buletin Utama


Monday 17 September 2012

Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak

KUCHING, Sarawak (15 September 2012) : Majlis Perasmian Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak sempena Majlis Perasmian Regatta Sarawak 2012 telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Turut hadir bersama adalah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Datuk Amar Haji Abdul Rahman Zohari, Menteri Pelancongan Sarawak serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Penganjuran secara bersama Regatta Sarawak dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak telah membawa Sekitar 100 ribu orang dari segenap lapisan masyarakat hadir menyaksikan Regatta Sarawak 2012 dan mengunjungi Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak yang telah diadakan di Kuching Waterfront.

Orang awam khususnya Kumpulan belia dan pelajar Sarawak perlu diberi peluang dan pendedahan mengenai kesedaran pentingnya berfikir secara kritikal, kreatif dan berinovasi untuk kehidupan seharian.

Karnival ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan hasil kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sains dan inovasi dalam kehidupan seharian kita. Kesan yang dimaksudkan termasuk mempunyai sebuah negara yang mahir dalam bidang sains dan inovasi dan menggalakkan lebih ramai belia untuk memilih sains sebagai kerjaya seperti pencapaian oleh Saudari Pandelela yang kini merupakan Ikon Sukan Negara.

Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak, sebagai destinasi zon kelima di dalam enam siri Karnival yang dijadualkan. Selepas Sarawak, kita akan menjelajah ke Zon terakhir iaitu Zon Tengah di Negeri Sembilan sebelum penganjuran acara kemuncak dan terbesar yang bertaraf antarabangsa iaitu World Innovation Forum Kuala Lumpur di Kuala Lumpur pada 5 sehingga 7 November 2012. Selari dengan World Innovation Forum ini, MOSTI akan mengadakan BioMalaysia 2012, National Innovation and Exhibition Conference (NICE) dan Nano Malaysia Summit and Expo.

Karnival Sains dan Inovasi menyediakan sebanyak 72 aktiviti perkongsian ilmu yang berteraskan sains, kreativiti dan inovasi selama tiga hari. Kebanyakan aktiviti adalah bersifat hands-on dan interaktif supaya ia memberi impak yang mendalam untuk jangka panjang kepada peserta dan pengunjung Karnival. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan Roket Air, Geocaching menggunakan GPS, F1 Technology Challenge, digital sketching, rekacipta bahan terbuang, Ikon Saintis, Dunia Nano (World World), Family Innovation Movement, pertunjukan pembelajaran sains, pengalaman merasai teknologi simulator 5D, Roboclinic, pertunjukan wau dan layang-layang 3D, ukiran serta corak kreatif menggunakan buluh dan tanah liat , ASEAN Fashion Show and Films Festival dan pameran produk-produk inovasi tempatan.

Selain itu, UiTM Sarawak juga telah mencipta satu sejarah di dalam Malaysia Book of Records di mana para pelajar UiTM akan membuat larian secara berganti-ganti selama 120 jam menggunakan treadmill.



















Thursday 13 September 2012

Karnival Sains dan Inovasi Akan Diadakan Serentak Regatta Sarawak


KUCHING: Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak dan Regata Sarawak akan berlangsung serentak buat julung kali ini pada 14 hingga 16 September ini di Tebingan Kuching.


Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan Kemen-terian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datin Nur Wahidah Wong Abdullah berkata, program anjuran bersama kementerian itu dan kerajaan negeri merupakan platform pe-nyaluran dan perkongsian ilmu sains, teknologi dan inovasi dengan tujuan menyemarakkan pembudayaan sains dan inovasi dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar serta belia.

“Karnival Sains dan Inovasi merupakan program induk di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 dan bagi zon Sarawak ia adalah destinasi kelima dan akan diadakan buat pertama kalinya bersama acara Regata Sarawak dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Pejabat Residen Kuching.

“Majlis perasmian Regata Sarawak dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak akan diadakan serentak pada 15 September 2012 pada jam 10 pagi oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Nur Wahidah berkata, pihak-nya menyasar kira-kira 100,000 pengunjung Regata Sarawak 2012 akan mengunjungi karnival yang cukup padat dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Beliau memberitahu antara aktiviti menarik semasa karnival ialah demontrasi sains, teater tayangan simulasi 5D, per-tandingan Teknologi Cabaran F1, pertandingan robotik, bengkel Pergerakan Inovasi Keluarga, pameran produk inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan akar umbi, ceramah dan bengkel kreativiti, pertandingan mencabar minda untuk berinovasi, aktiviti melayang wau dan la-yang-layang 3D, pertandingan ‘street dance,’ persembahan fe-syen kreatif dan wayang pacak.

“Dua ikon negara iaitu angkasawan Majar Dr Faiz Khaleed dan pelakon terkenal ‘Sa-yang You Can Dance’ Syarifah Amani akan membuat penam-pilan istimewa pada karnival ini.

“Selain itu, program Jejak Inovasi akan dijalankan iaitu satu inisiatif bersama MOSTI dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bertujuan mengenal pasti produk-produk inovasi hasil ciptaan masyarakatakar umbi dan paling penting, program sukarelawan dikenali ‘Flash Mop’,” katanya.

Nur Wahidah menambah, pereka cipta dalam kalangan akar umbi itu lazimnya tidak mendapatnya bantuan kerajaan untuk melakukan R&D, tetapi atas inisiatif mereka mencipta produk berinovasi secara tidak langsung akan diberi pengiktirafan.

“Kita menjemput orang ramai datang beramai-ramai ke karnival ini. Tiada bayaran di-kenakan dan cabutan bertuah akan dibuat untuk pengunjung dengan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

“Karnival berlangsung mulai 9 pagi hingga 9 malam dari 14 September sehingga 16 September. Para pengunjung yang menonton Regata Sarawak pada masa sama boleh mengunjungi pameran sains dan inovasi serta mencabar minda melalui pelbagai aktiviti serta pertanding termasuk Planetarium Mini,” katanya.


Monday 10 September 2012

Makeweekend Johor


Bengkel Makeweekend Johor telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Johor
pada 7 hingga 9 September 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Makeweekend.







SIRIM Roboclinic


Program Roboclinic anjuran SIRIM sempena Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak akan menemui pelajar-pelajar sekolah Sarawak mulai 11 September hingga 14 September di Perbadanan Produktiviti Malaysia Sarawak dan akan berakhir dengan Acara Penyampaian Hadiah pada 15 September 2012 di tapak Karnival bertempat di Tebingan Sungai (Waterfront) Kuching. 


Program Roboclinic yang menggunakan peralatan dan kit yang dibangunkan oleh SIRIM ini membolehkan pelajar-pelajar dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi mempelajari tentang pelbagai aplikasi seperti robotik, automasi rumah, sistem kawalan akses, sistem penggera, pagar automatik dan juga sensor, dalam masa yang singkat. Pelajar yang menjalani program interaktif ini akan turut didedahkan kepada pembangunan sistem embedded dan pengaturcaraan perisian (software programming). 

Program yang berlangsung selama 5 hari ini akan memberi pendedahan melalui latihan dan bimbingan kepada aplikasi robotik asas, program, pembangunan pengaturcaraan komputer Robot RoboKit dan pelajar-pelajar akan bertanding dengan hasil ciptaan masing-masing. 

Program ini dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif serta menggalakkan pemikiran di luar kotak serta membantu meningkat minat dan kecemerlangan dalam bidang sains dan matematik sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pelajaran yang memberi tumpuan kepada peningkatan holistik pelajar dalam aspek intelektual, spiritual, emosi dan fizikal.







Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.

Malaysia Book of Records 120 Hrs Non Stop Running Relay on Treadmills


Pelajar-pelajar UiTM Samarahan  akan mula memburu untuk mencipta rekod baru dalam The Malaysia Book of Records bagi acara Larian Bergilir Tanpa Henti di atas Treadmill selama 120 jam sebagai salah satu program sempena Karnival Sains dan Inovasi Sarawak anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 September 2012 di Tebingan Sungai (Waterfront) Kuching.

Percubaan bagi mencipta rekod baru ini bermula jam 10.00 pagi pada 10 September 2012 (Isnin) di Pusat Pelajar UiTM Samarahan. Acara Pelancaran Larian Bergilir Tanpa Henti di atas Treadmill akan disempurnakan oleh YB Hajah Nancy Haji Shukri, Ahli Parlimen Batang Sadong.

Percubaan program ini merupakan yang pertama kali dianjurkan oleh UiTM Samarahan, Sarawak yang bertujuan untuk merealisasikan suatu pencapaian di peringkt nasional oleh para belia khususnya di UiTM Sarawak selain daripada memupuk semangat patriotik dan “MALAYSIA BOLEH” dalam kalangan masyarakat bersempena Sambutan Hari Malaysia yang ke-49.

Di samping itu juga, tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai semangat bersukan dan mewujudkan semangat berpasukan serta mencungkil kreativiti dan inovasi pelajar melalui “Sport technology, sport nutrition & sport rehabilitation” selari dengan tema Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012), Sains dan Inovasi Pemacu Transformasi.

Percubaan acara Larian Bergilir Tanpa Henti di atas Treadmill oleh UiTM Samarahan akan berakhir pada 15 September 2012 di Majlis Perasmian Regatta Sarawak dan Karnival Sains dan Inovasi dan penutup program  ini akan disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.

Program WAYANG PACAK di Karnival Sains dan Inovasi Sarawak 14-16 September 2012



World Communications Network Resources Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Jabatan Penerangan akan membawa acara prelude program Wayang Pacak untuk memeriahkan Karnival Sains dan Inovasi Sarawak serta menghebahkan penganjuran ASEAN International Film Festival And Awards 2013 yang akan diadakan pada bulan Mac 2013.

Program Wayang Pacak akan menayangkan filem terbitan Negara setiap malam jam 6.00 petang mulai 14 hingga 16 September 2012 di Pentas Utama MOSTI, Tebingan Sungai Kuching sempena Karnival Sains dan Inovasi Sarawak

Filem-filem yang akan ditayangkan ialah

14 September:  Sayang, You Can Dance (Hock Star)- sebuah filem cinta muzikal yang dibintangi oleh Sharifah Amani dan Samuel Rizal

15 September : Possessed (Hock Star)- sebuah filem seram lakonan Amber Chia dan Harisu yang difilemkan di Sarawak

16 September : Embun (FINAS) – sebuah filem berunsurkan drama, peperangan dan romantis di Malaya semasa Perang


Program Wayang Pacak akan turut diserikan dengan penampilan istimewa pelakon berbakat Sharifah Amani  dan  pengarah muda Bjarne Wong pada jam 5.30 petang untuk sesi bertemu penonton pada 14 dan 15 September 2012 serta menghadiri Majlis Perasmian Regatta Sarawak dan Karnival Sains dan Inovasi pada 15 September 2012, jam 10.00 pagi.

Saksikan filem-filem hebat dan temui Sharifah Amani dan Bjarne Wong di Pentas Karnival Sains dan Inovasi Sarawak pada 14 dan 15 September 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.

Friday 7 September 2012

Makeweekend Johor


Bengkel Makeweekend Johor akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Johor
pada 7 hingga 9 September 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Makeweekend.


Thursday 6 September 2012

Angkasawan Showcase 2012



Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) dengan kerjasama Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) akan menganjurkan Angkasawan Showcase pada 12 dan 13 September 2012, bertempat di Planetarium Sultan Iskandar, Kompleks Dewan Suarah Kuching.

Penganjuran Angkasawan Showcase ini adalah bersempena dengan Karnival Sains dan Inovasi Sarawak anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Program Angkasawan Showcase 2012 ini bertujuan memberi pendedahan melalui aktiviti-aktiviti interaktif kepada pelajar dan orang ramai mengenai ilmu astronomi dan sains angkasa.


Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang dua hari, antaranya Angkasawan Spacecamp, Pertandingan Roket Air, Kuiz Sains Angkasa, Pameran Interaktif, Pertandingan Geocaching dan Penampilan Istimewa Angkasawan Negara Mejar Dr Faiz Khaleed.



Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.


Tuesday 4 September 2012

Pertandingan Streetdance Kuching Waterfront 2012

Pertandingan Streetdance Kuching Waterfront 2012 akan diadakan pada 15 September 2012 (Sabtu) di Tebingan Kuching bersempena dengan penganjuran Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak.

Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi dan dikepilkan bersama dua (2) kepala akhbar Utusan Sarawak atau New Sarawak Tribune hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 12 September 2012 (Rabu), jam 2.00 ptg.



Program Karnival dan Aktiviti Pra Karnival Sains & Inovasi Zon Sarawak

Karnival Sains & Inovasi Zon Sarawak akan diadakan pada 14 hingga 16 September 2012 di Waterfront, Kuching bersempena dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012. Senarai aktiviti karnival dan pra-karnival seperti di bawah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...