Monday 10 September 2012

Program WAYANG PACAK di Karnival Sains dan Inovasi Sarawak 14-16 September 2012



World Communications Network Resources Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Jabatan Penerangan akan membawa acara prelude program Wayang Pacak untuk memeriahkan Karnival Sains dan Inovasi Sarawak serta menghebahkan penganjuran ASEAN International Film Festival And Awards 2013 yang akan diadakan pada bulan Mac 2013.

Program Wayang Pacak akan menayangkan filem terbitan Negara setiap malam jam 6.00 petang mulai 14 hingga 16 September 2012 di Pentas Utama MOSTI, Tebingan Sungai Kuching sempena Karnival Sains dan Inovasi Sarawak

Filem-filem yang akan ditayangkan ialah

14 September:  Sayang, You Can Dance (Hock Star)- sebuah filem cinta muzikal yang dibintangi oleh Sharifah Amani dan Samuel Rizal

15 September : Possessed (Hock Star)- sebuah filem seram lakonan Amber Chia dan Harisu yang difilemkan di Sarawak

16 September : Embun (FINAS) – sebuah filem berunsurkan drama, peperangan dan romantis di Malaya semasa Perang


Program Wayang Pacak akan turut diserikan dengan penampilan istimewa pelakon berbakat Sharifah Amani  dan  pengarah muda Bjarne Wong pada jam 5.30 petang untuk sesi bertemu penonton pada 14 dan 15 September 2012 serta menghadiri Majlis Perasmian Regatta Sarawak dan Karnival Sains dan Inovasi pada 15 September 2012, jam 10.00 pagi.

Saksikan filem-filem hebat dan temui Sharifah Amani dan Bjarne Wong di Pentas Karnival Sains dan Inovasi Sarawak pada 14 dan 15 September 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...