Monday 10 September 2012

SIRIM Roboclinic


Program Roboclinic anjuran SIRIM sempena Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak akan menemui pelajar-pelajar sekolah Sarawak mulai 11 September hingga 14 September di Perbadanan Produktiviti Malaysia Sarawak dan akan berakhir dengan Acara Penyampaian Hadiah pada 15 September 2012 di tapak Karnival bertempat di Tebingan Sungai (Waterfront) Kuching. 


Program Roboclinic yang menggunakan peralatan dan kit yang dibangunkan oleh SIRIM ini membolehkan pelajar-pelajar dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi mempelajari tentang pelbagai aplikasi seperti robotik, automasi rumah, sistem kawalan akses, sistem penggera, pagar automatik dan juga sensor, dalam masa yang singkat. Pelajar yang menjalani program interaktif ini akan turut didedahkan kepada pembangunan sistem embedded dan pengaturcaraan perisian (software programming). 

Program yang berlangsung selama 5 hari ini akan memberi pendedahan melalui latihan dan bimbingan kepada aplikasi robotik asas, program, pembangunan pengaturcaraan komputer Robot RoboKit dan pelajar-pelajar akan bertanding dengan hasil ciptaan masing-masing. 

Program ini dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif serta menggalakkan pemikiran di luar kotak serta membantu meningkat minat dan kecemerlangan dalam bidang sains dan matematik sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pelajaran yang memberi tumpuan kepada peningkatan holistik pelajar dalam aspek intelektual, spiritual, emosi dan fizikal.







Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...