Tuesday 9 October 2012

Kreatif X-Press 2012


Program Kreatif X-Press 2012 merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012. Objektif program adalah untuk:

- Meningkatkan pengetahuan dan minat murid dalam industri kreatif khususnya dalam penghasilan animasi menggunakan daya pemikiran berinovasi dan aplikasi teknologi terkini;

- Mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan sebagai generasi pelapis industri kreatif negara; dan

- Meningkatkan keyakinan murid di luar bandar untuk berjaya dalam kerjaya pilihan masing-masing dengan penggunaan ICT melalui perkongsian pengalaman tokoh-tokoh yang berjaya dalam industri kreatif.



Sebanyak lapan (8) buah sekolah yang terlibat dengan program Kreatif X-Press 2012 iaitu:

Lokasi
Tarikh
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub
Merlimau, Melaka
11 & 12 Oktober 2012
SMK Munshi Sulaiman
Batu Pahat, Johor
17 & 18 Oktober 2012
SMK Raja Lope Nor Rashid
Tanjong Piandang, Perak
19 & 20 Oktober 2012
SMK Siong
Baling, Kedah
28 & 29 Oktober 2012
SMK Tengku Sulaiman
Bukit Keteri, Perlis
30 & 31 Oktober 2012
SMK Teluk Bahang
Bahang, Pulau Pinang
1 & 2 November 2012
SMK Kuala Besut
Besut, Terengganu
4 & 5 November 2012
SMK Peramu Jaya
Pekan, Pahang
7 & 8 November 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...