Thursday 11 October 2012

FAQ Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah, 20-21 Oktober 2012


1. LOKASI/MASA

 Kompleks Belia dan Sukan Paroi hanya setengah jam dari Putrajaya. Pengunjung dinasihatkan untuk mengikut:

(i) Lebuhraya Utara Selatan, exit Senawang, ikut papan tanda Paroi atau

(ii) Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), exit Kuala Pilah, ikut kanan selepas lampu isyarat.

Jika boleh, rujuk GPS atau internet dahulu sebelum bergerak.

 Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.


2. MAJLIS PERASMIAN

 Majlis bermula secara rasmi 10.30 pagi di Dewan Perasmian setelah ketibaan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

 Semua hadirin akan menerima beg mengandungi item promosi dan buku program.

Makanan

 Makanan VIP (termasuk dua meja VVIP) untuk 120 orang. Makanan untuk tetamu lain juga disediakan secara buffet di Khemah Jamuan.

 Makanan packed food akan disediakan untuk pelajar-pelajar sekolah dan RELA serta peserta Angkasawan SpaceCamp dan Pertandingan Roket Air di Khemah Jamuan.

 Makan minum urus setia akan disediakan di khemah makan urus setia berhampiran khemah pejabat urus setia.


3. LARIAN SGI2012 BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA

 Larian akan diadakan pada 20 Oktober, jam 8.30 pagi. Kaunter pendaftaran di buka pada jam 7.00 pagi di hadapan Kompleks Sukan Paroi. Dikendalikan oleh En Bala (ANGKASA) dengan YAM. Borang pendaftaran boleh diperolehi melalui portal ANGKASA dan SGI mulai 10 Okt 2012.

 Jarak larian adalah 4 KM. Pertandingan terbahagi kepada dua kategori:

(i) Bawah 12 tahun (Lelaki dan Perempuan)

(ii) 13 tahun ke atas (Lelaki dan Perempuan)

 1,000 pendaftaran awal akan menerima T-shirt dan sijil penyertaan akan disediakan untuk semua peserta.

 Sarapan akan disediakan kepada peserta selepas acara larian (air mineral, roti Gardenia (tajaan PICO) dan susu Dutch Lady di trak Biar Betul)

 Artis Sharifah Shahira (icon Dutchlady) akan turut serta menjayakan Larian ini mulai 7.30-9.30pg. Sesi bergambar bersama Angkasawan Negara dgn Sharifah Shahira dan peminat akan diadakan di trak Biar Betul.

 Penyampaian Hadiah Pemenang akan diadakan semasa Majlis Perasmian dan disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Oleh itu, sijil penyertaan yang ditandatangani oleh Angkasawan Negara untuk semua peserta juga akan diberikan selepas Majlis Perasmian atau bila-bila masa selepas jam 12 tengah hari atau sepanjang hari Karnival di booth YAM dan ANGKASA.


4. PAMERAN SAINS DAN INOVASI

 Booth 3mx3m shell scheme/ cubicle disediakan dengan kelengkapan asas iaitu 1 meja, 2 kerusi dan 1 plag point setiap booth. Kos lain adalah di bawah tanggungan pempamer dan perkhidmatan bekalan di tapak lokasi boleh merujuk kepada Cik Hiew Yan Ran, PICO (016 953 9232).

 Persiapan dan pemasangan (penampalan poster, susun atur produk/ bahan pameran dan hiasan) booth pameran bermula jam 2.00 petang, 19 Oktober 2012.

 Para pempamer perlu berada di booth pameran setengah jam lebih awal semasa Karnival untuk memastikan peralatan dan logistik di booth teratur. Waktu pameran bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

 Para pempamer perlu memastikan sekurang-kurangnya seorang petugas berada di booth pameran sepanjang pameran berlangsung untuk memberi penerangan kepada para pengunjung mengenai hasil produk dan aktiviti mereka.

 Semua pempamer dipohon bersedia semasa lawatan VVIP ke booth pameran selepas Majlis Perasmian Karnival Sains dan Inovasi disempurnakan.

 Pempamer adalah dinasihatkan untuk menjaga keselamatan bahan pameran, peralatan di booth pameran. Ahli RELA akan bertugas untuk menjaga kawasan Karnival.

 Makan minum, penginapan dan kos pengangkutan pempamer Karnival adalah di bawah tanggungan sendiri.


5. AKTIVITI KARNIVAL

 Tiada bayaran dikenakan untuk penyertaan aktiviti di jadual. Penyertaan di dalam aktiviti boleh dirujuk ke kaunter informasi MOSTI.


6. JUALAN DAN GERAI

 Jualan makanan/minuman akan dibuka oleh usahawan tempatan, PUSPANITA dengan kadar berpatutan berhampiran pintu masuk utama Kompleks Sukan dan Belia Paroi.

 Minuman istimewa air limau kasturi asam boi turut disediakan selepas acara Larian SGI2012.


7. RUANG TEMPAT LETAK KENDERAAN

 Pengunjung boleh meletakkan kenderaan di kawasan luar sekeliling Kompleks Belia dan Sukan yang bertanda Parking serta Kompleks Sukan Paroi.


8. KEMUDAHAN AWAM

 Kemudahan 2 buah surau di kawasan Kompleks iaitu berhampiran Khemah Jamuan dan di belakang Gelanggan Bola Tampar.

 Kemudahan tandas disediakan.


9. URUS SETIA

 Sukarelawan bertugas ( 14 ibupejabat MOSTI dan 8 JMM), RELA, petugas kecemasan, DJ turut terlibat sebagai urus setia


Urus Setia
Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
11 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...