Monday, 10 September 2012

Malaysia Book of Records 120 Hrs Non Stop Running Relay on Treadmills


Pelajar-pelajar UiTM Samarahan  akan mula memburu untuk mencipta rekod baru dalam The Malaysia Book of Records bagi acara Larian Bergilir Tanpa Henti di atas Treadmill selama 120 jam sebagai salah satu program sempena Karnival Sains dan Inovasi Sarawak anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 September 2012 di Tebingan Sungai (Waterfront) Kuching.

Percubaan bagi mencipta rekod baru ini bermula jam 10.00 pagi pada 10 September 2012 (Isnin) di Pusat Pelajar UiTM Samarahan. Acara Pelancaran Larian Bergilir Tanpa Henti di atas Treadmill akan disempurnakan oleh YB Hajah Nancy Haji Shukri, Ahli Parlimen Batang Sadong.

Percubaan program ini merupakan yang pertama kali dianjurkan oleh UiTM Samarahan, Sarawak yang bertujuan untuk merealisasikan suatu pencapaian di peringkt nasional oleh para belia khususnya di UiTM Sarawak selain daripada memupuk semangat patriotik dan “MALAYSIA BOLEH” dalam kalangan masyarakat bersempena Sambutan Hari Malaysia yang ke-49.

Di samping itu juga, tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai semangat bersukan dan mewujudkan semangat berpasukan serta mencungkil kreativiti dan inovasi pelajar melalui “Sport technology, sport nutrition & sport rehabilitation” selari dengan tema Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012), Sains dan Inovasi Pemacu Transformasi.

Percubaan acara Larian Bergilir Tanpa Henti di atas Treadmill oleh UiTM Samarahan akan berakhir pada 15 September 2012 di Majlis Perasmian Regatta Sarawak dan Karnival Sains dan Inovasi dan penutup program  ini akan disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...