Thursday, 13 September 2012

Karnival Sains dan Inovasi Akan Diadakan Serentak Regatta Sarawak


KUCHING: Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak dan Regata Sarawak akan berlangsung serentak buat julung kali ini pada 14 hingga 16 September ini di Tebingan Kuching.


Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan Kemen-terian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datin Nur Wahidah Wong Abdullah berkata, program anjuran bersama kementerian itu dan kerajaan negeri merupakan platform pe-nyaluran dan perkongsian ilmu sains, teknologi dan inovasi dengan tujuan menyemarakkan pembudayaan sains dan inovasi dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar serta belia.

“Karnival Sains dan Inovasi merupakan program induk di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 dan bagi zon Sarawak ia adalah destinasi kelima dan akan diadakan buat pertama kalinya bersama acara Regata Sarawak dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Pejabat Residen Kuching.

“Majlis perasmian Regata Sarawak dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak akan diadakan serentak pada 15 September 2012 pada jam 10 pagi oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Nur Wahidah berkata, pihak-nya menyasar kira-kira 100,000 pengunjung Regata Sarawak 2012 akan mengunjungi karnival yang cukup padat dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Beliau memberitahu antara aktiviti menarik semasa karnival ialah demontrasi sains, teater tayangan simulasi 5D, per-tandingan Teknologi Cabaran F1, pertandingan robotik, bengkel Pergerakan Inovasi Keluarga, pameran produk inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan akar umbi, ceramah dan bengkel kreativiti, pertandingan mencabar minda untuk berinovasi, aktiviti melayang wau dan la-yang-layang 3D, pertandingan ‘street dance,’ persembahan fe-syen kreatif dan wayang pacak.

“Dua ikon negara iaitu angkasawan Majar Dr Faiz Khaleed dan pelakon terkenal ‘Sa-yang You Can Dance’ Syarifah Amani akan membuat penam-pilan istimewa pada karnival ini.

“Selain itu, program Jejak Inovasi akan dijalankan iaitu satu inisiatif bersama MOSTI dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bertujuan mengenal pasti produk-produk inovasi hasil ciptaan masyarakatakar umbi dan paling penting, program sukarelawan dikenali ‘Flash Mop’,” katanya.

Nur Wahidah menambah, pereka cipta dalam kalangan akar umbi itu lazimnya tidak mendapatnya bantuan kerajaan untuk melakukan R&D, tetapi atas inisiatif mereka mencipta produk berinovasi secara tidak langsung akan diberi pengiktirafan.

“Kita menjemput orang ramai datang beramai-ramai ke karnival ini. Tiada bayaran di-kenakan dan cabutan bertuah akan dibuat untuk pengunjung dengan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

“Karnival berlangsung mulai 9 pagi hingga 9 malam dari 14 September sehingga 16 September. Para pengunjung yang menonton Regata Sarawak pada masa sama boleh mengunjungi pameran sains dan inovasi serta mencabar minda melalui pelbagai aktiviti serta pertanding termasuk Planetarium Mini,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...