Wednesday 25 July 2012

Akan Datang: Karnival Sains & Inovasi Zon Sarawak


Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak MOSTI merupakan destinasi kelima dan akan diadakan pada 14 hingga 16 September 2012 bersama acara Regatta Sarawak bertempat di Waterfront Kuching dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Pejabat Residen Kuching.  Majlis Perasmian Regatta Sarawak dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak akan diadakan secara bersama dan akan diadakan pada 15 September 2012.



Di antara aktiviti-aktiviti yang menerima semasa Karnival ialah pertandingan roket air, pertandingan reka bentuk, demonstrasi sains, teater tayangan simulasi 5D, pertandingan sains dan matematik serta robotik, pameran produk inovasi penyelidik dan golongan akar umbi serta ceramah dan bengkel kreativiti. Pameran Sains dan Inovasi akan mempamerkan hasil sains dan inovasi termasuk ciptaan akar umbi akan dibuka kepada awam bermula jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.



Rakan-rakan strategik yang akan menjayakan program ini adalah Kerajaan Negeri Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi MARA Samarahan, Kolej Komuniti Kuching, Yayasan Inovasi Malaysia, Yayasan Angkasawan Malaysia, Pusat Sains Negara, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Jabatan Meteorologi Cawangan Sarawak dan Technology Park Malaysia.



Program Jejak Inovasi juga akan dijalankan iaitu satu inisiatif bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bertujuan untuk mengenal pasti produk-produk inovasi hasil ciptaan masyarakat akar umbi. Pereka cipta di kalangan akar umbi ini secara tidak langsung akan diberi pengiktirafan ke atas usaha dan idea mereka yang berjaya membangunkan produk tanpa bantuan teknologi canggih tetapi berdasarkan pengetahuan dan kemahiran individu itu sendiri. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...