Monday, 22 October 2012

M’sia Perlu Lakukan Transformasi Jadi Negara Pencipta – Mohamad

SEREMBAN: Malaysia perlu melakukan transformasi iaitu dari sebuah 'negara pengguna' kepada 'negara pencipta' jika ingin menikmati status negara maju menjelang tahun 2020, sekali gus membolehkan ia bersaing dengan negara maju lain.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata negara pencipta mempunyai rakyat yang kreatif dan berinovasi tinggi yang berupaya menghasil atau menambah nilai sesuatu produk yang dapat dikomersilkan untuk manfaat rakyat dan negaranya.

"Kita tidak boleh terus menjadi rakyat ataupun negara pengguna, kita mestijadi pencipta, dan kalau kita mahu jadi sebuah negara berpendapatan tinggi, makarakyatnya perlu berinovasi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah 2012 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, diSini, Sabtu.

Katanya, banyak usaha telah dilakukan kerajaan untuk menjadikan negara inisebagai sebuah negara pencipta berikutan pelbagai geran dan dana diperkenalkanbagi menarik minat rakyat untuk mencipta dan menghasilkan produk berinovasi.

Justeru, katanya dengan kepelbagaian kemudahan dana ini, rakyat khususnyagolongan belia perlu merebut peluang bagi menghasilkan satu bentuk inovasiproduk yang bernilai tinggi.

Mohamad berkata, pelbagai bentuk promosi yang dilakukan kerajaan seperti pameran dan karnival mengenai sains dan teknologi juga diharap dapat mendedahkan masyarakat mengenai bidang itu sekali gus memberi pemahaman tentang nilai sebenar produk berinovasi.

"Kita mahu belia kita mempunyai daya kreativiti yang tinggi kerana apabilamereka mempunyai kelebihan itu, mereka akan dapat menghasilkan inovasi baik yangmempunyai nilai amat lumayan," katanya.

Turut hadir ke majlis itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri DrMaximus Ongkili. - mStar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...