Friday, 26 October 2012

Promo - Dengan Inovasi, Yo! (Episod 6)

Program TV Dengan Inovasi, Yo! (DIY) merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Episod 6 DIY akan disiarkan melalui stesen TV3 pada 26 Oktober 2012, hari Jumaat, jam 6.30 petang hingga 7.00 malam.



Diharapkan siaran program ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dalam usaha mempromosi dan membudayakan inovasi di segenap lapisan masyarakat.

Tuesday, 23 October 2012

Makeweekend Sarawak

Makeweekend merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Bengkel Makeweekend Sarawak telah diadakan di Swinburne University of Technology Sarawak Campus pada 19 hingga 21 Oktober 2012.







Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Makeweekend.

Bengkel Inovasi DIY - SMK Kota Kemuning, Shah Alam

Dengan Inovasi, Yo! (DIY) merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Bengkel DIY telah diadakan di SMK Kota Kemuning, Shah Alam pada 22 Oktober 2012.








Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook DIY.

Kreatif X-Press Tanjong Piandang

Program Kreatif X-Press merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Bengkel Kreatif X-Press yang ketiga telah diadakan pada 19 - 20 Oktober 2012 di SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjong Piandang, Perak.



Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Akademi KRU.

WIFKL Promo Teaser

World Innovation Forum Kuala Lumpur (WIFKL) merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). WIFKL akan diadakan pada 3 hingga 7 November 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). 


Monday, 22 October 2012

SGI2012 PSA Capsule



Kreatif X-Press Batu Pahat

Program Kreatif X-Press merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Bengkel Kreatif X-Press yang kedua telah diadakan pada 17 - 18 Oktober 2012 di SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat, Johor.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Akademi KRU.

M’sia Perlu Lakukan Transformasi Jadi Negara Pencipta – Mohamad

SEREMBAN: Malaysia perlu melakukan transformasi iaitu dari sebuah 'negara pengguna' kepada 'negara pencipta' jika ingin menikmati status negara maju menjelang tahun 2020, sekali gus membolehkan ia bersaing dengan negara maju lain.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata negara pencipta mempunyai rakyat yang kreatif dan berinovasi tinggi yang berupaya menghasil atau menambah nilai sesuatu produk yang dapat dikomersilkan untuk manfaat rakyat dan negaranya.

"Kita tidak boleh terus menjadi rakyat ataupun negara pengguna, kita mestijadi pencipta, dan kalau kita mahu jadi sebuah negara berpendapatan tinggi, makarakyatnya perlu berinovasi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah 2012 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, diSini, Sabtu.

Katanya, banyak usaha telah dilakukan kerajaan untuk menjadikan negara inisebagai sebuah negara pencipta berikutan pelbagai geran dan dana diperkenalkanbagi menarik minat rakyat untuk mencipta dan menghasilkan produk berinovasi.

Justeru, katanya dengan kepelbagaian kemudahan dana ini, rakyat khususnyagolongan belia perlu merebut peluang bagi menghasilkan satu bentuk inovasiproduk yang bernilai tinggi.

Mohamad berkata, pelbagai bentuk promosi yang dilakukan kerajaan seperti pameran dan karnival mengenai sains dan teknologi juga diharap dapat mendedahkan masyarakat mengenai bidang itu sekali gus memberi pemahaman tentang nilai sebenar produk berinovasi.

"Kita mahu belia kita mempunyai daya kreativiti yang tinggi kerana apabilamereka mempunyai kelebihan itu, mereka akan dapat menghasilkan inovasi baik yangmempunyai nilai amat lumayan," katanya.

Turut hadir ke majlis itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri DrMaximus Ongkili. - mStar

Kerajaan Permudah Urusan Pinjaman Hasilkan Produk Kreatif Dan Inovasi

SEREMBAN - Kerajaan sedang berusaha menyelaras dan mempermudah permohonan pinjaman atau dana dari kementerian atau agensi tertentu untuk mereka yang merancang menjalankan penyelidikan atau menghasilkan produk kreatif dan inovasi. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, usaha tersebut termasuk untuk mewujudkan sebuah pusat sehenti yang akan menguruskan semua pinjaman dan dana tersebut yang pada masa ini kebanyakannya diuruskan oleh pelbagai kementerian dan pihak bank.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah 2012 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini hari ini, beliau berkata pembabitan pelbagai kementerian dan agensi selain pihak bank dilihat menyulitkan urusan permohonan pinjaman tersebut. 

Ini sekaligus membantut usaha pemohon untuk menjalankan kajian atau menghasilkan produk, katanya. 

Maximus berkata, pembabitan pihak bank juga menyebabkan banyak syarikat yang mahu membuat pinjaman sukar mendapat pinjaman. 

Ini disebabkan syarikat tersebut mungkin tidak mempunyai rujukan kejayaan lampau ciptaan berkenaan dan pihak bank menganggap ia sukar dipasarkan. 

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan merasmikan program itu. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan dan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Madinah Mohamad. - Sinar Harian

Saturday, 20 October 2012

Bengkel Inovasi DIY - SMK Assunta, Petaling Jaya

Dengan Inovasi, Yo! (DIY) merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Bengkel DIY telah diadakan di SMK Assunta, Petaling Jaya pada 19 Oktober 2012.






Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook DIY.

Thursday, 18 October 2012

Pelancaran Dengan Inovasi, Yo!


Majlis Pelancaran program Dengan Inovasi, Yo! (DIY) akan diadakan pada 18 Oktober 2012 (Khamis), jam 3.00 petang, bertempat di Dewan SMK Damansara Jaya, Petaling Jaya sempena Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012.



Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah

Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah akan diadakan pada 20 hingga 21 Oktober 2012 di Kompleks Belia & Sukan Paroi di Paroi, Negeri Sembilan. Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut: 


Tarikh : 20 Oktober 2012 

Masa : 10.30 pagi 

Tempat : Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan
_____________________________________________________________



Keputusan Peraduan Poster "Friends in Space"



Tahniah kepada pemenang-pemenang Peraduan Poster "Friends In Space" anjuran Agensi Angkasa Negara bersempena dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012.

Primary School Category: Best Poster Award
Primary School Category: Special Poster Award

Secondary School Category: Best Poster Award
Secondary School Category: Special Poster Award


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ANGKASA.

Bengkel Inovasi DIY - SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

Dengan Inovasi, Yo! (DIY) merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Bengkel DIY telah diadakan di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2012.






Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook DIY.

Wednesday, 17 October 2012

Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah

Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah akan diadakan pada 20 hingga 21 Oktober 2012 di Kompleks Belia & Sukan Paroi di Paroi, Negeri Sembilan. Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut: 

Tarikh : 20 Oktober 2012 
Masa : 10.30pagi 
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Paroi di Paroi, Negeri Sembilan
_____________________________________________________________

Tuesday, 16 October 2012

Promo - Dengan Inovasi, Yo! (Episod 5)

Program TV Dengan Inovasi, Yo! (DIY) merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Episod 5 DIY akan disiarkan melalui stesen TV3 pada 19 Oktober 2012, hari Jumaat, jam 6.30 petang hingga 7.00 malam. 





Diharapkan siaran program ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dalam usaha mempromosi dan membudayakan inovasi di segenap lapisan masyarakat.


Makeweekend Terengganu

Makeweekend merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Bengkel Makeweekend Terengganu telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu pada 12 hingga 14 Oktober 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Makeweekend.









Kreatif X-Press Melaka

Program Kreatif X-Press merupakan salah satu program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Bengkel Kreatif X-Press yang pertama telah diadakan pada 11 - 12 Oktober 2012 di SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka.


Friday, 12 October 2012

Lego 'Built-It'


MAKLUMAT BERKAITAN PERTANDINGAN

1 kumpulan hendaklah terdiri daripada 3 orang. Satu sekolah hanya dibenarkan untuk menghantar satu kumpulan untuk 1 kategori.

Terdapat 4 kategori dan masa pertandingan:

 Darjah 1-3 (20 Oktober 2012, Sabtu, Jam 11.00 pagi - 11.30 pagi)

 Darjah 4-6 (20 Oktober 2012, Sabtu, Jam 12.00 tengahari - 12.30 tengahari)

 Tingkatan 1-3 (20 Oktober 2012, Sabtu, Jam 2.00 petang – 2.30 petang)

 Tingkatan 4-5 (20 Oktober 2012, Sabtu, Jam 3.00 petang – 3.30 petang)

 Umum – daftar di booth pameran (21 Oktober 2012, Ahad, Jam 11.00 pagi – 11.30 pagi/12.00 tengahari – 12.30 tengahari/2.00 petang – 2.30 petang/3.00 petang – 3.30 petang)

Sila emel borang kepada Noorazwa Alias (noorazwa@mosti.gov.my) atau faks di no: 03-8888 5969

Join Us Next Week In Makeweekend Sarawak!

How time flies when you have fun! Next week, the Makeweekend team will be in Sarawak for our 12th Makeweekend!! For those of you who will be in that serene state; do invite your family, friends and even lecturers and join us as we create more awesome prototypes!




Online Registration Link:


For those of you who are interested in joining us but you kind of need transportation and accommodation support, please contact Tasnim at 019-3773146 or email her at tasnim@tandemic.com

p/s. Do try to let us know earlier so that we can make things happen! (Due Date: 23rd October 2012, Tuesday)

See you soon in the land of Hornbills next week!

Thursday, 11 October 2012

FAQ Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah, 20-21 Oktober 2012


1. LOKASI/MASA

 Kompleks Belia dan Sukan Paroi hanya setengah jam dari Putrajaya. Pengunjung dinasihatkan untuk mengikut:

(i) Lebuhraya Utara Selatan, exit Senawang, ikut papan tanda Paroi atau

(ii) Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), exit Kuala Pilah, ikut kanan selepas lampu isyarat.

Jika boleh, rujuk GPS atau internet dahulu sebelum bergerak.

 Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.


2. MAJLIS PERASMIAN

 Majlis bermula secara rasmi 10.30 pagi di Dewan Perasmian setelah ketibaan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

 Semua hadirin akan menerima beg mengandungi item promosi dan buku program.

Makanan

 Makanan VIP (termasuk dua meja VVIP) untuk 120 orang. Makanan untuk tetamu lain juga disediakan secara buffet di Khemah Jamuan.

 Makanan packed food akan disediakan untuk pelajar-pelajar sekolah dan RELA serta peserta Angkasawan SpaceCamp dan Pertandingan Roket Air di Khemah Jamuan.

 Makan minum urus setia akan disediakan di khemah makan urus setia berhampiran khemah pejabat urus setia.


3. LARIAN SGI2012 BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA

 Larian akan diadakan pada 20 Oktober, jam 8.30 pagi. Kaunter pendaftaran di buka pada jam 7.00 pagi di hadapan Kompleks Sukan Paroi. Dikendalikan oleh En Bala (ANGKASA) dengan YAM. Borang pendaftaran boleh diperolehi melalui portal ANGKASA dan SGI mulai 10 Okt 2012.

 Jarak larian adalah 4 KM. Pertandingan terbahagi kepada dua kategori:

(i) Bawah 12 tahun (Lelaki dan Perempuan)

(ii) 13 tahun ke atas (Lelaki dan Perempuan)

 1,000 pendaftaran awal akan menerima T-shirt dan sijil penyertaan akan disediakan untuk semua peserta.

 Sarapan akan disediakan kepada peserta selepas acara larian (air mineral, roti Gardenia (tajaan PICO) dan susu Dutch Lady di trak Biar Betul)

 Artis Sharifah Shahira (icon Dutchlady) akan turut serta menjayakan Larian ini mulai 7.30-9.30pg. Sesi bergambar bersama Angkasawan Negara dgn Sharifah Shahira dan peminat akan diadakan di trak Biar Betul.

 Penyampaian Hadiah Pemenang akan diadakan semasa Majlis Perasmian dan disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Oleh itu, sijil penyertaan yang ditandatangani oleh Angkasawan Negara untuk semua peserta juga akan diberikan selepas Majlis Perasmian atau bila-bila masa selepas jam 12 tengah hari atau sepanjang hari Karnival di booth YAM dan ANGKASA.


4. PAMERAN SAINS DAN INOVASI

 Booth 3mx3m shell scheme/ cubicle disediakan dengan kelengkapan asas iaitu 1 meja, 2 kerusi dan 1 plag point setiap booth. Kos lain adalah di bawah tanggungan pempamer dan perkhidmatan bekalan di tapak lokasi boleh merujuk kepada Cik Hiew Yan Ran, PICO (016 953 9232).

 Persiapan dan pemasangan (penampalan poster, susun atur produk/ bahan pameran dan hiasan) booth pameran bermula jam 2.00 petang, 19 Oktober 2012.

 Para pempamer perlu berada di booth pameran setengah jam lebih awal semasa Karnival untuk memastikan peralatan dan logistik di booth teratur. Waktu pameran bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

 Para pempamer perlu memastikan sekurang-kurangnya seorang petugas berada di booth pameran sepanjang pameran berlangsung untuk memberi penerangan kepada para pengunjung mengenai hasil produk dan aktiviti mereka.

 Semua pempamer dipohon bersedia semasa lawatan VVIP ke booth pameran selepas Majlis Perasmian Karnival Sains dan Inovasi disempurnakan.

 Pempamer adalah dinasihatkan untuk menjaga keselamatan bahan pameran, peralatan di booth pameran. Ahli RELA akan bertugas untuk menjaga kawasan Karnival.

 Makan minum, penginapan dan kos pengangkutan pempamer Karnival adalah di bawah tanggungan sendiri.


5. AKTIVITI KARNIVAL

 Tiada bayaran dikenakan untuk penyertaan aktiviti di jadual. Penyertaan di dalam aktiviti boleh dirujuk ke kaunter informasi MOSTI.


6. JUALAN DAN GERAI

 Jualan makanan/minuman akan dibuka oleh usahawan tempatan, PUSPANITA dengan kadar berpatutan berhampiran pintu masuk utama Kompleks Sukan dan Belia Paroi.

 Minuman istimewa air limau kasturi asam boi turut disediakan selepas acara Larian SGI2012.


7. RUANG TEMPAT LETAK KENDERAAN

 Pengunjung boleh meletakkan kenderaan di kawasan luar sekeliling Kompleks Belia dan Sukan yang bertanda Parking serta Kompleks Sukan Paroi.


8. KEMUDAHAN AWAM

 Kemudahan 2 buah surau di kawasan Kompleks iaitu berhampiran Khemah Jamuan dan di belakang Gelanggan Bola Tampar.

 Kemudahan tandas disediakan.


9. URUS SETIA

 Sukarelawan bertugas ( 14 ibupejabat MOSTI dan 8 JMM), RELA, petugas kecemasan, DJ turut terlibat sebagai urus setia


Urus Setia
Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
11 Oktober 2012

Piala CIPTA Concert


PIALA CIPTA Concert is happening on 6th November 2012 from 4pm - 7pm @ KL Convention Center!!

We will have performances by Tomok, Amir Jahari, Elecoldxhot, Floor Fever, Altimet, Ila Damia, Rabbit Mac, Point Blanc, DJ Fuzz and many more...

To win an entry ticket to this concert, you will need to answer the question below: 

WHAT CAN YOU DO WITH A FORK? Be Innovative!

PM us your innovative answers with your details such as Full Name, Phone Number and Email Address.

Contest ends on 22nd October 2012!!!

Larian SGI2012 Bersama Angkasawan Negara



Rebutlah peluang berlari bersama Angkasawan Negara!

Dapatkan T-shirt percuma untuk 1,000 peserta terawal serta sijil penyertaan untuk semua peserta.
Hadiah menarik menanti anda!!!

Borang penyertaan boleh didapati di laman web 

*Pendaftaran larian bermula jam 7.00 pagi

Wednesday, 10 October 2012

Makeweekend Pahang


Bengkel Makeweekend Pahang telah diadakan di Universiti Malaysia Pahang
pada 5 hingga 7 Oktober 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Makeweekend.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...