Thursday, 26 July 2012

FAQ: Karnival Sains & Inovasi Zon Sarawak, 14-16 September 2012, Waterfront Kuching


1. Apakah dimaksudkan dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012?

Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional merupakan program kesinambungan daripada Tahun Kreativiti dan Inovasi Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) dan Tahun Penggalakan Sains dan Matematik 2011. Dalam pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan tahun 2012 sebagai Tahun Gerakan Inovasi Nasional. Ini disusuli dengan keputusan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 11 Oktober 2011 yang bersetuju supaya tahun 2012 diisytiharkan sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional.

Tujuan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 adalah untuk menyemarakkan serta membudayakan sains dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penjanaan ilmu, penghasilan kekayaan, dan kesejahteraan rakyat.

2. Siapakan kumpulan sasaran bagi Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012?

Kumpulan sasaran bagi SGI2012 merupakan seluruh masyarakat Malaysia. Seperti mana dalam ucapan Bajet 2012 oleh YAB PM, inovasi perlu diterap dan di amalkan oleh semua termasuk sektor awam, sektor swasta, NGO, ibu bapa, IPT, pelajar sekolah dan kanak-kanak prasekolah di kawasan dalam dan luar Bandar.

3. Apakah program-program dianjurkan di bawah SGI2012?

Pelbagai program ke arah menyemarakkan pembudayaan sains dan inovasi akan diadakan sepanjang tahun 2012. Sebanyak 397 program dan aktiviti berasaskan kreativiti dan inovasi telah dan akan dilaksanakan di seluruh Malaysia untuk mendekati rakyat daripada segenap lapisan bagi menghayati dan membudayakan sains dan inovasi melalui suntikan pemikiran, pengetahuan dan aplikasi.

Antara program induk SGI2012 adalah siri Jelajah Karnival Sains dan Inovasi ke seluruh negara melalui penganjurannya mengikut zon. Karnival diadakan secara bersiri di 6 zon seperti disebut tadi iaitu, Zon Utara yang melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak; Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang); Zon Tengah (Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya); Zon Selatan (Johor); Zon Sabah dan Zon Sarawak.

4. Bagaimanakah penglibatan Kerajaan Negeri Sarawak dalam penganjuran Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak?

SGI2012 adalah program nasional, adalah wajar pelaksanaan program-program di bawahnya diintegrasikan dengan pelbagai kerajsama khususnya Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Pejabat Residen Kuching.  Jabatan Ketua Menteri Sarawak telah menggabungkan program Karnival Sains dan Inovasi untuk dianjurkan bersempena Regatta Sarawak 2012, ini adalah satu kerjasama strategic di mana program Karnival Sains dan Inovasi dapat memberi nilai tambah dari segi meningkat kesedaran sains dan memupuk pembudayaan inovasi semasa temasya Regatta Sarawak yang bakal dihadiri seramai 100, 000 orang.

5. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan semasa program Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak?

Karnival adalah platform penyaluran dan perkongsian ilmu sains, teknologi dan inovasi ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Angkasawan Space Camp, Pertandingan Roket Air, teater simulasi 5D, pameran bahan sains interaktif  dan aktiviti sains, ceramah interaktif, bengkel inovatif dan  Jejak Inovasi.

Di antara aktiviti-aktiviti yang menerima semasa Karnival ialah pertandingan roket air, pertandingan reka bentuk, demonstrasi sains, teater tayangan simulasi 5D, pertandingan sains dan matematik serta robotik, pameran produk inovasi penyelidik dan golongan akar umbi serta ceramah dan bengkel kreativiti. Pameran Sains dan Inovasi akan mempamerkan hasil sains dan inovasi termasuk ciptaan akar umbi akan dibuka kepada awam bermula jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Rakan-rakan strategik yang akan menjayakan program ini adalah Kerajaan Negeri Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi MARA Samarahan, Kolej Komuniti Kuching, Yayasan Inovasi Malaysia, Yayasan Angkasawan Malaysia, Pusat Sains Negara, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Jabatan Meteorologi Cawangan Sarawak dan Technology Park Malaysia.

Program Jejak Inovasi juga akan dijalankan iaitu satu inisiatif bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bertujuan untuk mengenal pasti produk-produk inovasi hasil ciptaan masyarakat akar umbi. Pereka cipta di kalangan akar umbi ini secara tidak langsung akan diberi pengiktirafan ke atas usaha dan idea mereka yang berjaya membangunkan produk tanpa bantuan teknologi canggih tetapi berdasarkan pengetahuan dan kemahiran individu itu sendiri.

6. Apakah impak yang dijangka daripada pelaksanaan program-program di bawah SGI2012?

Impak boleh dilihat dari segi peningkatan bilangan pengunjung ke program-program yang dijalankan serta jumlah penyertaan di bawah aktiviti-aktiviti. Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran dan minat mengenai sains dan inovasi semakin meningkat. Maklum balas daripada pengunjung juga adalah penting memandangkan penekanan terhadap sains dan inovasi akan diteruskan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...