Tuesday, 14 February 2012
Saturday, 11 February 2012
Majlis Pelancaran Logo Dan Lagu Tahun Sains Dan Gerakan Inovasi Nasional 2012
Majlis Pelancaran Logo dan Lagu Tahun Sains dan Gerakan
Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri
Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI) pada 11 Februari 2012 di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara. Ini
menandakan bermulanya aktiviti-aktiviti SGI2012 yang akan berlangsung di
seluruh negara disepanjang tahun 2012. Pelancaran SGI2012 yang memperkenalkan
logo dan lagunya, merupakan program kesinambungan daripada program-program yang
telah diterajui oleh MOSTI pada tahun 2010 dan 2011 iaitu Malaysia Inovatif
2010 dan Program Penggalakan Sains dan Matematik 2011. Tahun 2012 membawa
pengertian yang besar kepada MOSTI dalam mendokong usaha Kerajaan menggerakkan
rakyat Malaysia ke arah pembudayaan sains dan inovasi. Pengisytiharan tahun
2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 oleh Kerajaan
adalah mencerminkan bahawa Kerajaan komited dan memberi perhatian serius untuk
melaksanakan transformasi ekonomi menerusi sains, teknologi dan inovasi.
Logo
dan Tahun Sains Gerakan Inovai Nasional 2012 menggunakan bendera Malaysia yang
sedang berkibar megah melambangkan Malaysia sedang pesat membangun. Bentuk bola
atau glob ditengah-tengah bendera melambangkan kedudukan dan peranan penting
Malaysia bersaing merentasi sempadan global. Di bawah kesepaduan 1Malaysia,
Sains dan Inovasi merupakan asas kukuh (bedrock) pembangunan yang akan memacu
agenda transformasi ke arah pertumbuhan ekonomi dan melonjak kedudukan Malaysia
ke status sebuah negara maju berpendapatan tinggi, terangkum dan lestari.
Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diberi mandat untuk menerajui dan
seterusnya menyelaras program-program bersama dengan Kementerian lain dan
rakan-rakan strategik program termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Program
ini mensasarkan penglibatan setiap peringkat masyarakat khususnya golongan
belia dan pelajar.
Sebanyak
377 program daripada pelbagai Rakan Strategik telah diatur dan akan
dilaksanakan sepanjang tahun 2012 di seluruh negara dengan menampilkan empat
segmen iaitu Segmen Sains dan Matematik; Segmen Kesedaran dan Pembudayaan
Inovasi; Segmen Inovasi, Pengkomersilan dan Pameran; dan Segmen Inovasi
Perkhidmatan dan Pengurusan.
Kuala
Lumpur World Innovation Forum (KLWIF2012) akan turut dianjurkan pada bulan
November 2012 bagi memberi peluang kepada sektor awam, swasta dan badan bukan
kerajaan (NGO) dari dalam dan luar negara untuk bersama berkongsi pengalaman
serta berbincang strategi kreativiti dan inovasi.
Jejak
Inovasi juga akan dilaksanakan di seluruh negara dengan tujuan untuk menjejak
dan menonjolkan pelbagai idea, kreativiti dan inovasi hasil masyarakat akar
umbi serta merangsang semangat masyarakat mengenai kepentingan budaya inovasi
dalam kehidupan harian di samping memberi pengiktirafan ke atas sumbangan
kreativiti dan inovasi yang dihasilkan.
Tahun
Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 akan dilancarkan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2012 di Stadium Nasional Bukit
Jalil. Ini akan disusuli dengan penganjuran Karnival Sains dan Inovasi di enam
zon iaitu Zon Timur, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Sabah, Zon Sarawak dan Zon
Tengah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)