Thursday 26 July 2012

FAQ: Karnival Sains & Inovasi Zon Sarawak, 14-16 September 2012, Waterfront Kuching


1. Apakah dimaksudkan dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012?

Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional merupakan program kesinambungan daripada Tahun Kreativiti dan Inovasi Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) dan Tahun Penggalakan Sains dan Matematik 2011. Dalam pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan tahun 2012 sebagai Tahun Gerakan Inovasi Nasional. Ini disusuli dengan keputusan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 11 Oktober 2011 yang bersetuju supaya tahun 2012 diisytiharkan sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional.

Tujuan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 adalah untuk menyemarakkan serta membudayakan sains dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penjanaan ilmu, penghasilan kekayaan, dan kesejahteraan rakyat.

2. Siapakan kumpulan sasaran bagi Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012?

Kumpulan sasaran bagi SGI2012 merupakan seluruh masyarakat Malaysia. Seperti mana dalam ucapan Bajet 2012 oleh YAB PM, inovasi perlu diterap dan di amalkan oleh semua termasuk sektor awam, sektor swasta, NGO, ibu bapa, IPT, pelajar sekolah dan kanak-kanak prasekolah di kawasan dalam dan luar Bandar.

3. Apakah program-program dianjurkan di bawah SGI2012?

Pelbagai program ke arah menyemarakkan pembudayaan sains dan inovasi akan diadakan sepanjang tahun 2012. Sebanyak 397 program dan aktiviti berasaskan kreativiti dan inovasi telah dan akan dilaksanakan di seluruh Malaysia untuk mendekati rakyat daripada segenap lapisan bagi menghayati dan membudayakan sains dan inovasi melalui suntikan pemikiran, pengetahuan dan aplikasi.

Antara program induk SGI2012 adalah siri Jelajah Karnival Sains dan Inovasi ke seluruh negara melalui penganjurannya mengikut zon. Karnival diadakan secara bersiri di 6 zon seperti disebut tadi iaitu, Zon Utara yang melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak; Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang); Zon Tengah (Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya); Zon Selatan (Johor); Zon Sabah dan Zon Sarawak.

4. Bagaimanakah penglibatan Kerajaan Negeri Sarawak dalam penganjuran Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak?

SGI2012 adalah program nasional, adalah wajar pelaksanaan program-program di bawahnya diintegrasikan dengan pelbagai kerajsama khususnya Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Pejabat Residen Kuching.  Jabatan Ketua Menteri Sarawak telah menggabungkan program Karnival Sains dan Inovasi untuk dianjurkan bersempena Regatta Sarawak 2012, ini adalah satu kerjasama strategic di mana program Karnival Sains dan Inovasi dapat memberi nilai tambah dari segi meningkat kesedaran sains dan memupuk pembudayaan inovasi semasa temasya Regatta Sarawak yang bakal dihadiri seramai 100, 000 orang.

5. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan semasa program Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak?

Karnival adalah platform penyaluran dan perkongsian ilmu sains, teknologi dan inovasi ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Angkasawan Space Camp, Pertandingan Roket Air, teater simulasi 5D, pameran bahan sains interaktif  dan aktiviti sains, ceramah interaktif, bengkel inovatif dan  Jejak Inovasi.

Di antara aktiviti-aktiviti yang menerima semasa Karnival ialah pertandingan roket air, pertandingan reka bentuk, demonstrasi sains, teater tayangan simulasi 5D, pertandingan sains dan matematik serta robotik, pameran produk inovasi penyelidik dan golongan akar umbi serta ceramah dan bengkel kreativiti. Pameran Sains dan Inovasi akan mempamerkan hasil sains dan inovasi termasuk ciptaan akar umbi akan dibuka kepada awam bermula jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Rakan-rakan strategik yang akan menjayakan program ini adalah Kerajaan Negeri Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi MARA Samarahan, Kolej Komuniti Kuching, Yayasan Inovasi Malaysia, Yayasan Angkasawan Malaysia, Pusat Sains Negara, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Jabatan Meteorologi Cawangan Sarawak dan Technology Park Malaysia.

Program Jejak Inovasi juga akan dijalankan iaitu satu inisiatif bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bertujuan untuk mengenal pasti produk-produk inovasi hasil ciptaan masyarakat akar umbi. Pereka cipta di kalangan akar umbi ini secara tidak langsung akan diberi pengiktirafan ke atas usaha dan idea mereka yang berjaya membangunkan produk tanpa bantuan teknologi canggih tetapi berdasarkan pengetahuan dan kemahiran individu itu sendiri.

6. Apakah impak yang dijangka daripada pelaksanaan program-program di bawah SGI2012?

Impak boleh dilihat dari segi peningkatan bilangan pengunjung ke program-program yang dijalankan serta jumlah penyertaan di bawah aktiviti-aktiviti. Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran dan minat mengenai sains dan inovasi semakin meningkat. Maklum balas daripada pengunjung juga adalah penting memandangkan penekanan terhadap sains dan inovasi akan diteruskan pada masa hadapan.

Wednesday 25 July 2012

Akan Datang: Karnival Sains & Inovasi Zon Sarawak


Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak MOSTI merupakan destinasi kelima dan akan diadakan pada 14 hingga 16 September 2012 bersama acara Regatta Sarawak bertempat di Waterfront Kuching dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Pejabat Residen Kuching.  Majlis Perasmian Regatta Sarawak dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak akan diadakan secara bersama dan akan diadakan pada 15 September 2012.



Di antara aktiviti-aktiviti yang menerima semasa Karnival ialah pertandingan roket air, pertandingan reka bentuk, demonstrasi sains, teater tayangan simulasi 5D, pertandingan sains dan matematik serta robotik, pameran produk inovasi penyelidik dan golongan akar umbi serta ceramah dan bengkel kreativiti. Pameran Sains dan Inovasi akan mempamerkan hasil sains dan inovasi termasuk ciptaan akar umbi akan dibuka kepada awam bermula jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.



Rakan-rakan strategik yang akan menjayakan program ini adalah Kerajaan Negeri Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi MARA Samarahan, Kolej Komuniti Kuching, Yayasan Inovasi Malaysia, Yayasan Angkasawan Malaysia, Pusat Sains Negara, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Jabatan Meteorologi Cawangan Sarawak dan Technology Park Malaysia.



Program Jejak Inovasi juga akan dijalankan iaitu satu inisiatif bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bertujuan untuk mengenal pasti produk-produk inovasi hasil ciptaan masyarakat akar umbi. Pereka cipta di kalangan akar umbi ini secara tidak langsung akan diberi pengiktirafan ke atas usaha dan idea mereka yang berjaya membangunkan produk tanpa bantuan teknologi canggih tetapi berdasarkan pengetahuan dan kemahiran individu itu sendiri. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.

Monday 9 July 2012

Makeweekend Melaka

Bengkel Makeweekend Melaka telah diadakan di Universiti Multimedia
pada 6 hingga 8 Julai 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Makeweekend.










Tuesday 3 July 2012

Anugerah Inovasi Negara 2012


Anugerah Inovasi Negara (AIN) yang bermula tahun 2006 bertujuan untuk mengiktiraf usaha inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk menyertai Anugerah Inovasi Negara 2012. AIN 2012 akan diadakan bersempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE-National Innovation Conference and Exhibition) 2012, World Innovation Forum Kuala Lumpur, BioMalaysia dan Nano Malaysia Summit. 

KATEGORI DAN HADIAH ANUGERAH INOVASI NEGARA 2012
Anugerah Inovasi Negara 2012 terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan terdapat 4 kategori dengan nilai hadiah mengikut kategori seperti berikut:

Bil
Produk
Hadiah
1
Kategori
RM50,000, piala dan sijil
2
Perkhidmatan
RM50,000, piala dan sijil
3
Akar Umbi
RM20,000, piala dan sijil
4
Sekolah
RM10,000, piala dan sijil

TARIKH NICE 2012
5-7 November 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre.

TARIKH PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH INOVASI NEGARA 2012
6 November 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre.

MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN
Sila muat turun borang penyertaan di www.mosti.gov.my.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN LOKASI PENGHANTARAN BORANG
Selewat-lewatnya di alamat berikut:

Urus setia Anugerah Inovasi Negara 2012
d/a Agensi Nuklear Malaysia
Bangi 43000, Kajang
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Dr. Wan Manshol bin W. Zin)

PERTANYAAN LANJUT 
Urus Setia Anugerah Inovasi Negara 2012 seperti berikut :

Agensi Nuklear Malaysia
Tel: 03-8911 2000 
Faks: 03-8911 2150

Y.Brs. Dr. Wan Manshol bin W. Zin

Puan Fairuz binti Faisal


Sunday 1 July 2012

Karnival Sains & Inovasi Zon Utara



Karnival Sains dan Inovasi Zon Utara, iaitu salah satu program induk Tahun Sains dan Gerakan  Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 

Turut hadir pada majlis yang sama ialah Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri MOSTI; Yang Berbahagia Dato’ Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha MOSTI; Rektor UiTM Kedah; dan wakil-wakil Kerajaan Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Lebih 2,000 orang telah membanjiri Dewan Perdana, UiTM Merbok Kedah sempena Majlis Perasmian ini. 

Karnival Sains dan Inovasi Zon Utara yang berlangsung selama dua hari ini merupakan satu platform yang kaya dengan penyaluran dan perkongsian ilmu sains, teknologi,dan inovasi untuk semua lapisan masyarakat. 

Program dua hari ini bermula dari 30 Jun hingga 1 Julai 2012, dijangka menarik seramai 10,000 orang pengunjung dari segenap lapisan masyarakat untuk mengikuti pelbagai aktiviti sains, teknologi dan inovasi yang telah disediakan sepanjang Karnival Sains dan Inovasi Zon Utara. 

Karnival yang dianjurkan melalui kerjasama strategik antara pihak UiTM Kedah dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta pelbagai Kementerian, Badan Bukan Kerajaan dan pihak swasta dijangka memberi kesan berganda kepada usaha kerajaan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan seharian kita. 

Orang awam termasuk pelajar dan belia, akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang berbentuk interaktif dan pameran sains dan teknologi serta mendorong mereka untuk memupuk budaya sains dan inovasi untuk kehidupan seharian. 

Sebanyak 120 aktiviti interaktif dan pertandingan dan 93 pameran produk inovasi diadakan untuk orang ramai. Antara aktiviti menarik ialah pertandingan Lego Build-It, pertandingan Geo-catchingmenggunakan GPS, pertandingan layang-layang 3D, bengkel Angkasawan Space Camp, pertandingan roket air, persembahan sains muzikal, bengkel animasi BoBoiBoy dan Petrosains Science Show. 

Sempena program ini juga, pihak Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah mengadakan program Jejak Inovasi yang mana Flag-off program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri MOSTI pada majlis yang sama. Program dari 30 Jun hingga 4 Julai 2012 ini bertujuan untuk mengesan inovasi akar umbi untuk pembangunan lestari yang akhirnya bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat luar bandar. Bermula pada tahun lepas, Jejak Inovasi kali ini akan menjejaki inovasi akar umbi di empat daerah di Kedah. 

Program ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pereka cipta akar umbi serta menggalakkan pencetusan idea baharu dan pengkomersilan produk inovasi hasil ciptaan rakyat kreatif dan telah menghasilkan pelbagai produk atas inisiatif sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal SGI2012.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...